PETALING JAYA – Mogok Doktor Malaysia di seluruh negara yang bermula semalam tidak menjejaskan pengoperasian hospital dan klinik kerajaan secara keseluruhannya, namun tetap mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan pesakit. Rata-rata pesakit yang ditemui mengakui, tindakan mogok yang berlangsung sehingga esok itu sepatutnya tidak berlaku kerana yang menerima tempiasnya adalah orang awam yang ingin mendapatkan rawatan. Menurut mereka, kemelut doktor kontrak dengan Kementerian Kesihatan sebenarnya telah lama berlaku, namun sehingga kini tiada sebarang penyelesaian terbaik yang mampu memberi ‘kemenangan’ kepada kedua-dua……














