fbpx

RM807 juta hasil berjaya dikutip JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. TARMIZI (berdiri, kanan) beramah mesra dengan pengguna yang menggunakan perkhidmatan kaunter pandu di Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar hari ini.

SUNGAI SIPUT – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip hasil sebanyak RM807 juta sehingga Februari lalu dengan Perak merekodkan kutipan hasil melalui kaunter sebanyak RM28.8 juta.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM196,065.10 kutipan melalui kaunter bergerak JPJ Mobile dan RM1.7 juta pula melalui kios fasa tiga.

Menurutnya, kejayaan itu hasil kerjasama seluruh warga kerja JPJ selain rakan-rakan strategik serta pemain-pemain industri dan pihak berkepentingan.

“Selain itu sehingga Mac lalu, JPJ telah merekodkan sebanyak RM35 juta kenderaan terkumpul seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1 juta kenderaan terkumpul telah direkodkan di Perak.

“Dalam tempoh sama, pemegang lesen memandu aktif terkumpul seluruh negara sebanyak 14.7 juta yang mana 530,927 pemegang lesen aktif direkodkan di Perak,” katanya pada perasmian Kaunter Pandu Lalu Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPJ, Mohd. Tarmizi Abd. Talib.

Zailani memberitahu, pembukaan Kaunter Pandu Lalu JPJ di Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar akan memberi manfaat kepada 150,000 rakyat di negeri ini khususnya penduduk Kuala Kangsar.

Menurutnya, kaunter terbaharu di Perak itu yang keempat selepas kaunter pandu lalu di Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Empat jenis perkhidmatan ditawarkan menerusi kaunter berkenaan iaitu memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor, pertukaran lesen memandu percubaan dan pembayaran saman terkini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI