fbpx

Menteri Pendidikan gesa ibu bapa hadir mesyuarat PIBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ibu bapa digesa menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengelakkan isu berkaitan yuran dikenakan oleh pihak PIBG timbul.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, justifikasi terhadap sebarang keputusan berhubung yuran PIBG dibuat pada mesyuarat PIBG.

“Semua ibu bapa kena hadir mesyuarat PIBG kerana maklumat dan keputusan-keputusan ini dibuat dalam mesyuarat PIBG. Ibu bapa tidak hadir tiada maklumat.

“Jadi urusan pertama kena pastikan ibu bapa hadir mesyuarat PIBG. Justifikasi pembayaran dibuat dalam mesyuarat PIBG,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bagaimanakah KPM menyelia caj yuran PIBG di peringkat sekolah yang kian membebankan pihak ibu bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI