fbpx
Poster yang dimuat naik oleh Fadhlina di laman Facebook.

Kelab Perempuan Membaca himpun wanita cintakan ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini melancarkan Kelab Perempuan Membaca sempena berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 sebagai usaha memperkasa budaya membaca dalam kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Menurutnya, penubuhan kelab tersebut bertujuan menghimpunkan seramai mungkin wanita pembaca termasuk golongan ibu, gadis muda serta kanak-kanak perempuan yang mempunyai minat terhadap bahan bacaan.

Fadhlina berkata, inisiatif itu diwujudkan sebagai ruang yang penting untuk memastikan akses kepada bahan bacaan terus tersedia kepada masyarakat tanpa mengira cabaran yang dihadapi.

“Niatnya kudus. Tiada yang lain melainkan mahu menghimpunkan seramai mungkin wanita pembaca, para ibu yang membaca, gadis muda yang cerdas membaca dan kanak-kanak perempuan yang suka membaca.

“Paling utama, ia adalah ruang penting untuk memastikan akses kepada bahan bacaan tidak akan putus walau apa jua rempuhan dan tribulasi yang melanda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mengajak orang ramai menghadiri pelancaran kelab berkenaan dan bersama-sama meraikan budaya ilmu melalui buku.

Katanya, penubuhan kelab tersebut diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih berilmu dan berbudaya membaca.

“Kelab Perempuan Membaca, citra wanita cerdas akal dan budi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN