fbpx

Arsenal semakin ‘gayat’ di puncak EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS menjaringkan dua gol buat Arsenal dalam kemenangan 4-1 ke atas Leeds di Emirates sebentar tadi. - AFP

LONDON – Arsenal mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan selesa 4-1 ke atas Leeds United di Stadium Emirates sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan The Gunners melebarkan penguasaan dengan lapan mata mengatasi pasukan di tempat kedua, Manchester City walaupun juara bertahan itu kekurangan satu perlawanan.

Dalam aksi sebentar tadi, skuad bimbingan Mikel Arteta ternyata tiada masalah berhadapan Leeds apabila memegang penguasaan perlawanan sebaik wisel bermula.

Walaupun Leeds lebih banyak mengancam gawang Arsenal pada awal permainan tetapi ia masih tidak membawa sebarang masalah disebabkan kecekapan penjaga gol, Aaron Ramsdale.

Saat yang ditunggu-tunggu para penyokong Arsenal akhirnya tiba apabila penyerang prolifik Brazil, Gabriel Jesus membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-35.

XHAKA (depan) menanduk masuk gol keempat Arsenal ketika menewaskan Leeds 4-1 di Emirates sebentar tadi. – AFP

The Gunners kemudiannya menggandakan kedudukan menerusi Ben White yang tidak dikawal untuk merembat masuk hantaran lambung Gabriel Martinelli pada minit ke-47.

Gol ketiga gergasi Eropah itu hadir pada minit ke-55, sekali lagi melalui Jesus yang menolak masuk hantaran daripada Leandro Trossard.

Hasrat Arsenal untuk menamatkan perlawanan tanpa bolos tidak kesampaian apabila Leeds berjaya meledak gol sagu hati menerusi Rasmus Kristensen pada minit ke-76.

The Gunners terus bernafsu memburu jaringan keempat yang berjaya diperoleh menerusi tandukan Granit Xhaka selepas menerima hantaran cantik daripada kapten, Martin Odegaard pada minit ke-84.

Kemenangan itu memberikan motivasi terbaik kepada barisan pemain Arsenal sebelum bertemu Liverpool di Anfield pada 9 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI