fbpx

Tempah awal tiket feri ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung dinasihatkan supaya membeli tiket awal supaya perjalanan feri boleh ditambah.

LANGKAWI – Pelancong di­galakkan menempah tiket feri secara online lebih awal bagi membolehkan pengendali feri menambah perjalanan keluar masuk.

Jurucakap Pemain Industri 13, Datuk Noorazly Rosly berkata, kedatangan pelancong ketika ini berkurangan kerana mereka terbaca mengenai masalah kekura­ngan perjalanan feri.

“Perjalanan kurang kerana permintaan kurang. Kita boleh saja menambah perjalanan feri sekiranya ada banyak penum­pang yang membeli tiket secara online,” katanya.

Menurut Noorazly, pelancong juga tidak perlu bimbang dengan perkhidmatan tersebut sekira­nya telah membeli tiket lebih awal.

Tambahnya, dia pada masa sama meminta usaha mempromosikan pelancongan ke Langkawi terus dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai pelancong ke sini.

“Lebih ramai pelancong yang berminat untuk bercuti ke Langkawi, pastinya lebih ramai yang akan membuat tempahan tiket feri lebih awal, sekali gus dapat mengembalikan jadual perjalanan feri seperti biasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI