fbpx

Liga Super : TFC kembali temui sentuhan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC meraikan kemenangan menewaskan Kelantan United 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) kembali ke landasan kemenangan setelah mengalahkan kelab tercorot Liga Super, Kelantan United, 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam ini.

Kemenangan itu bukan sahaja membantu TFC melonjak ke tangga keenam malah meredakan tekanan ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner yang telah diberi surat tunjuk sebab dua minggu lalu.

Beraksi selaku tuan rumah, TFC hanya memerlukan enam minit untuk mendahului menerusi tolakan mudah pemain pinjaman, Liridon Krasniqi berpunca hantaran pemain pertahanan, Azam Azmi Murad.

Kubu tuan rumah terut diuji ketika permainan memasuki minit ke-14 dengan sepakan sudut Mohd. Syazwan Zainon mujur tandukan Victor Silva Paixao sekadar mengegar jaring tepi.

TFC mengambil kesempatan keghairahan Kelantan United setelah Jordan Mintah menanduk kemas umpanan Syafik Ismail pada minit ke-28 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Penyerang gantian Kelantan United, Jose Porteria (m-76) mengejutkan tuan rumah hasil jaringan jarak jauh menewaskan Mohd. Suhaimi namun sudah terlewat untuk menghalang kemenangan TFC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI