fbpx

[VIDEO] Sulaiman sebak ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Sulaiman yang tidak dapat menahan sebak ketika mengadakan perjumpaan bersama kakitangannya.

PETALING JAYA – Tular di media sosial video yang memaparkan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tidak dapat menahan sebak ketika mengadakan perjumpaan bersama kakitangannya.

Menerusi perkongsian Ratunaga di TikTok, suasana suram itu dipercayai berlangsung di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi.

Orang ramai turut berkongsi kesedihan atas peletakan jawatan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12.

“Salah seorang ketua menteri yang dekat dengan rakyat dan selalu solat berjemaah di masjid,” komen seorang pengguna.

“Yang Berhormat (YB) Sulaiman ini seorang wakil rakyat yang bagus,” ujar redline27.

Hari ini, Kosmo! melaporkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal berlangsung esok, pukul 3 petang.

Perkara itu dimaklumkan secara rasmi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Zaidi berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12. – KOSMO! ONLINE

@ratunaga♬ Astaghfirullah – Hafiz Hamidun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI