fbpx

Peniaga tak sempat lari, bahu dihempap besi kanopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVI YANI menunjukkan lokasi dia dihempap besi di tapak Festival Mega Aidilfitri, Padang Serai, Kulim kelmarin

KULIM – Kejadian ribut di tapak Festival Mega Aidilfitri di Taman Serai Wangi, Padang Serai di sini kelmarin merupakan detik hitam seorang peniaga wanita apabila dia dihempap besi khemah yang runtuh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, keseluruhan 26 khemah niaga barangan basah seperti makanan dan minuman diterbangkan angin kencang dan menimpa kanopi bersaiz besar berbentuk separuh bulan.

Kanopi tersebut menempatkan hampir 50 lot niaga bara­ngan kering seperti pakaian dan kelengkapan raya.

Kira-kira enam lagi khemah niaga barangan kering yang terletak berdekatan juga terjejas.

Menurut mangsa, Evi Yani Mohd. Sapri, 25, kejadian berlaku ketika dia bersama seorang rakan, Ahmad Daud, 27, sedang menyiapkan air balang serta makanan sebelum secara tiba-tiba angin bertiup dan menerbangkan banyak khemah di hadapan gerai kami.

“Saya dan rakan terus berlari untuk selamatkan diri, namun saya tidak sempat keluar dari kanopi apabila dihempap besi pada bahu,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Katanya, lot niaganya runtuh akibat dihempap khemah lain yang diterbangkan ribut.

“Saya terperangkap di dalam khemah dan sakit pada bahagian belakang sebelum Ahmad berlari masuk semula ke dalam lalu mengangkat besi yang terjatuh pada bahu untuk menyelamatkan saya,” ujarnya.

Peniaga baju Melayu, Nor Maizatul Aishah Kamarul Ariffin, 21, berkata, ketika kejadian dia dan suami Hamad Roni, 26, terkejut melihat khemah lain diterbangkan angin dan peniaga serta pekerja semunaya berlari menyelamatkan diri.

“Separuh khemah niaga kami juga runtuh dan sebahagian pakaian basah terkena air hujan. Baju yang masih elok kami akan basuh serta jual semula,” ujarnya yang menganggarkan kerugian sebanyak RM10,000.

Sementara itu, peniaga pakai­an dan jeruk, Suhaimi Mohamad Junid, 36, berkata, dia dan isterinya, Hazwani Abdul Hakim, 35, baharu pertama kali menjalankan perniagaan di bazar itu.

“Ketika kejadian kami tiada di sana kerana kami beroperasi bermula kira-kira pukul 5 petang sehingga tengah malam.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu melalui kumpulan WhatsApp peniaga di bazar raya ini kira-kira pukul 4.30 petang tadi (kelmarin),” katanya.
Tambahnya, semua barang jualan dan peralatan rosak de­ngan kerugian dianggarkan hampir RM200,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI