PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Amaran cuaca buruk tersebut berterusan di Kelantan (Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).
Selain itu, di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) juga dilanda hujan lebat.
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis) manakala di Sabah adalah Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” lapor MetMalaysia.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














