fbpx

Mahkamah: Nasib Najib peroleh kebenaran semak hukuman SRC diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PUTRAJAYA – Nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes penyelewengan RM42 juta akan diketahui esok di Mahkamah Persekutuan di sini.

Sama ada permohonannya untuk dibenarkan atau tidak akan diputuskan panel lima hakim yang telah selesai mendengar hujahan.

Lima panel hakim yang akan membuat keputusan tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat, hakim Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan. Selain itu ialah seorang lagi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Sekiranya permohonan Najib dibenarkan, mahkamah mungkin akan menetapkan satu tarikh lain bagi pengurusan kes sebelum prosiding semakan didengar.

Bagaimanapun, jika mahkamah menolak permohonan Najib, bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan kekal menjalani hukuman penjara dan permohonan terakhirnya untuk bebas ialah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong

Untuk rekod, prosiding pendengaran rayuan kebenaran semakan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berlangsung selama enam hari bermula 19 Januari lalu dengan Najib hadir pada setiap prosiding.

Sebelum ini Najib sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan pada 2 September 2022.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman dan denda.

Dalam permohonannya, Najib memohon kebenaran menyemak dan membatalkan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos 2022 agar rayuannya didengar semula.

Menurut afidavitnya, Najib memohon rayuan akhir berkenaan didengar korum Mahkamah Persekutuan lain yang mengandungi tidak kurang daripada tujuh hakim atau korum yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Selain itu, Najib juga memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada sabitan serta hukuman dan kes penyelewengan dana SRC International dibicarakan semula di hadapan hakim yang lain.

Beliau yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang itu turut memohon hukuman ke atasnya itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan berkenaan.

Seterusnya, beliau memohon rayuannya didengar korum Mahkamah Persekutuan lain yang mengandungi tidak kurang daripada tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sebelum ini, Najib juga melalui Tetuan Shafee & Co memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD).

Petisyen itu difailkan di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva melalui penghujahan digital dan beliau memohon pembebasan atau perbicaraan semula berikutan pendengaran rayuan Mahkamah Persekutuan yang didakwanya mempunyai kecacatan serius dan bertentangan dengan peraturan keadilan antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI