fbpx

Polis siasat anggota terima duit dari orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar anggota polis menerima duit dari orang awam yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Polis akan menyiasat satu video tular melibatkan anggota menerima duit daripada orang awam dalam kejadian berlaku di Sandakan, Sabah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat berhubung video berkenaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh anggota berkenaan.

“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan pihak pemberi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Abdul Fuad meminta agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI