fbpx

Budak baling mercun dalam rumah orang lepas kena tegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seorang kanak-kanak membaling mercun ke dalam rumah seorang penduduk berjaya dirakam CCTV

PETALING JAYA – Tindakan nakal seorang kanak-kanak membaling mercun ke halaman rumah seorang penduduk berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) milik tuan rumah.

Menerusi klip video berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik di kumpulan Facebook, Penduduk Sungai Petani memaparkan kegiatan kanak-kanak itu yang datang dengan menaiki basikal sebelum berhenti di hadapan rumah tersebut dan bertindak membaling mercun ke arah kediaman itu.

Keterangan di dalam rakaman itu menjelaskan kejadian tersebut berlaku di Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Rakaman itu turut menjadi tular pagi ini dan ramai memberi pelbagai reaksi di ruangan komen termasuk meminta tuan rumah membuat laporan polis dengan menampilkan bukti yang ada.

“Buat laporan polis, biar mak bapa budak itu dipanggil, biar mereka tahu apa anak-anak buat waktu malam, kata nak keluar pergi terawih, tapi sibuk buat masalah baling mercun ke rumah orang,” cadang Azizah.

“Nakal la budak zaman sekarang, kalau terbakar rumah orang tu kena api mercun, tak pasal-pasal jadi kes lebih besar, silap-silap masuk juvana kau dik,” kata Sazali.

Sementara itu, pemilik rumah yang menggunakan akaun Facebook, CikkLehaa CikkLehaa turut memberi komen dan penjelasan berkaitan kejadian yang berkaku.

Katanya, dia agak terkejut pada malam kejadian apabila secara tiba-tiba terdengar bunyi mercun yang kuat berdekatan bilik tidurnya.

“Saya pemilik rumah ini, dalam situasi ini nak marah semua ada, kalau ikutkan hati nak sahaja buat laporan polis.

“Saya tak sebelahkan suami saya. Ya, suami saya ada tegur budak-budak itu. Mungkin budak itu rasa cara suami saya kasar atau apa saya tak tahu, tapi sampai nak baling ke dalam rumah memang saya nak marah,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, dia bimbang kejadian tersebut boleh mengundang kepada kemalangan lebih serius.

“Andai budak itu baling mercun terkena tingkap rumah saya, anak saya memang dah dapat sakit, baling itu dah dekat bilik tidur. Alhamdulillah, nasib tidak jadi apa-apa.

“Andai mak ayah budak ini baca hantaran ini, saya minta maaf, cuba nasihat, mungkin hari ini rumah saya dan mana tahu esok lusa rumah orang lain, mungkin rumah saya tak terbakar tapi rumah orang?,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI