fbpx

3 kanak-kanak termasuk 6 maut amukan transgender

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAS membawa murid sekolah tiba di sebuah gereja untuk menyatukan mereka dengan ibu bapa masing-masing selepas insiden tembakan di The Covenant School di Nashville semalam. – AFP

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang bekas pelajar lengkap bersenjata  membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan yang dirancang secara teliti di sebuah sekolah rendah swasta di Nashville semalam  sebelum penyerang ditembak mati oleh polis.

Ketua Polis Nashville, John Drake menamakan suspek sebagai Audrey Hale, 28, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai wanita transgender (mak nyah).

“Hale meninggalkan manifesto, mempunyai peta sekolah yang memperincikan kamera pengawasan dan pintu keluar masuk, manakala penyerang bersedia bertempur dengan anggota  penguatkuasaan undang-undang,” katanya kepada pemberita. Ia merupakan keganasan senjata api terbaru yang mengejutkan Amerika Syarikat (AS).

Dalam wawancara bersama saluran berita NBC News,  Drake berkata, suspek dipercayai merancang serangan lebih luas kerana manifesto itu menunjukkan dia menyasarkan beberapa lokasi lain  selain sekolah berkenaan.

Bersenjatakan sekurang-kurangnya dua laras raifal tempur dan sepucuk pistol, Hale menceroboh  sekolah The Covenant School  yang merupakan sebuah akademi Kristian, menerusi  pintu sisi dan menembak sebuah pintu  seterusnya masuk ke dalam bangunan sekolah. Dia kemudian melepaskan beberapa das tembakan rambang semasa mara di dalam bangunan, kata polis.

Polis telah mengenal pasti identiti keenam-enam mangsa terbabit dan berkata, seorang daripada tiga kanak-kanak itu berumur lapan tahun dan dua lagi berusia sembilan tahun, manakala orang dewasa yang terbunuh berusia antara 60 hingga 61 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI