fbpx

Hui Ying mohon maaf, tidak duga terima soalan ke-16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying ketika bercakap pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying memohon maaf kerana gagal menyediakan jawapan bagi pertanyaan sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, disebabkan ia melebihi bilangan maksimum soalan.

Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Swee Kuan berkata, kebiasaannya proses penyediaan jawapan lisan dibuat berdasarkan bilangan maksimum soalan iaitu antara 11 hingga 13 soalan dalam tempoh 90 minit.

Menurut Swee Kuan, taklimat secara terperinci akan diberikan kepada Menteri atau Timbalan Menteri untuk menjawab 15 soalan pertama.

“Pihak kami telah menyediakan jawapan terperinci bagi 3 soalan iaitu soalan ke-4, ke-8 dan ke-11.

“Timbalan Menteri juga telah menjawab kesemua 3 soalan seperti kelaziman di Dewan Rakyat, pada sesi pagi hari ini. Tanpa diduga, kami menerima soalan ke-16 pada pukul 11.35 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya akan mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mengelak perkara seperti itu berlaku lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI