fbpx

Euro 2024: Belanda perlu segera cari pengubat duka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELANDA perlu kembali mencatat kemenangan menentang Gibraltar selepas mereka tunduk berdepan Perancis sebelum ini. – AFP

AMSTERDAM – Gibraltar berkemungkinan akan jadi ‘pengubat kecewa’ buat Belanda yang dipalit kekalahan besar kepada Perancis pada aksi pembukaan Kumpulan B kelayakan Euro 2024 kelmarin.

Ini bermakna, Belanda tidak boleh lagi kecewa dan peluang beraksi di laman sendiri di Stadium Feyenoord menentang ­Gibraltar wajar disudahi dengan kemenangan.

Ketua jurulatihnya, Ronald Koeman berkata, beliau mengharapkan reaksi segera daripada pemain selepas dimalukan naib juara Piala Dunia, Perancis 4-0 pada perlawanan pertama di Stade de France.

“Ketika menentang Perancis, pasukan kami beraksi di bawah kemampuan sebenar dan ia pasti sukar kerana lawan kami adalah pasukan berkualiti. Sekarang saya harapkan reaksi lebih baik daripada pemain kerana mereka juga tahu dimana kesilapan yang dilakukan.

“Saya fikir kami hanya boleh terus berusaha dengan cara lebih positif. Jurang kedua-dua pasukan terlalu besar, namun jangkitan virus juga beri kesan kepada kami.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh jadikan semua itu sebagai alasan dan kami perlu belajar daripada kegagalan lalu,” katanya.

Kekalahan kepada Les Blues itu menjadi permulaan goyah Koeman untuk kemunculan keduanya sebagai pengendali Belanda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI