fbpx

Dewan Rakyat: Sekolah daif, uzur pada skala 6,7 akan diberi keutamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi keutamaan kepada bangunan sekolah yang berada pada skala enam dan skala tujuh untuk dinaik taraf atau dibina bangunan gantian mengikut keperluan.

Sekolah berskala enam merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Sementara itu, skala tujuh merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan syor roboh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying, pembinaan bangunan gantian ini dilaksanakan secara berfasa melalui peruntukan yang diluluskan oleh agensi pusat bagi setiap ‘rolling plan’ dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun.

“Walau bagaimanapun, kelulusan dan pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) berkaitan pembaharuan yang bakal dilakukan bagi menangani isu sekolah daif di seluruh negara.

Terdahulu katanya, KPM telah melaksanakan penetapan projek pembangunan semula atau menaik taraf bangunan sekolah yang daif berdasarkan analisis skor gred impak bagi menentukan tahap keadaan komponen fizikal atau fasiliti bangunan di sekolah.

Katanya, skor gred impak ini mempunyai tujuh tahap skala yang mana skala satu hingga skala empat merujuk kepada keadaan bangunan yang masih berfungsi dan selamat digunakan.

Manakala, skala lima adalah bangunan yang dilaporkan oleh pihak sekolah sebagai tidak selamat dan memerlukan penyelenggaraan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI