fbpx

Tiga warga asing ditahan di Genting Highlands jalankan aktiviti ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki warga asing yang ditahan ketana dipercayai terlibat dalam aktiviti 'Love Scam' dalam serbuan di Genting Highlands di Bentong kelmarin.

BENTONG – Kegiatan dua lelaki dan seorang wanita warga asing yang masuk ke negara ini dan menjalankan aktiviti ‘love scam’ terbongkar apabila tiga suspek berkenaan ditahan polis dalam dua serbuan di dua lokasi berasingan di Genting Highlands di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu pihak polis berjaya menahan dua lelaki yang masing-masing berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 37 tahun.

“Pihak polis telah merampas tiga buah komputer riba, tujuh telefon bimbit, sebuah komputer ‘tablet’ dan sebuah router wifi dalam serbuan itu.

“Kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan pemeriksaan lanjut ke atas suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan ‘love scam’,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyan 6(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu beliau meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan trend jenayah komersil yang semakin berleluasa khususnya jenayah penipuan ‘Love Scam’.

Beliau memberitahu sindiket ‘love scam’ didapati menyasarkan golongan wanita yang aktif dalam media sosial seperti Facebook, Telegram serta aplikasi sosial ‘Dating’.

“Orang awam boleh menyalurkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti ini mahupun jenayah atau dadah yang mencurigakan sekitar kawasan kediaman mereka kepada pihak polis di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI