fbpx

Polis rakam keterangan penguat kuasa, lelaki sorok anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki berkenaan cuba menghalang pihak MBPJ daripada menangkap anjing-anjing liar pada Rabu lalu.

PETALING JAYA -Polis telah merakam keterangan penguat kuasa dan lelaki menghalang tangkapan anjing liar bagi membantu siasatan kejadian tular ketika Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi Taman Kanagapuram, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah memanggil beberapa individu berhubung kejadian itu termasuk orang awam yang juga saksi kejadian.

“Kita telah panggil penguat kuasa yang terlibat, lelaki yang menghalang tangkapan anjing dan saksi awam yang melihat kejadian.

“Kesemua mereka dipanggil kelmarin dan semalam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Mohamad Fakhrudin, masih ada lagi individu yang akan dipanggil untuk melengkapkan siasatan sebelum di rujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Semalam, Mohamad Fakhrudin dipetik berkata, pihaknya menerima laporan berhubung rakaman video tular penangkapan anjing-anjing liar oleh pihak MBPJ sekitar pukul 10 pagi, kelmarin.

Jelasnya, sewaktu operasi penangkapan dijalankan, terdapat seorang lelaki tempatan cuba melindungi anjing-anjing liar dengan memasukkan anjing-anjing liar tersebut dalam premisnya.

Tambahnya, pengadu dan pasukan cuba menghalang lelaki tempatan tersebut daripada menutup pintu premis supaya operasi penangkapan anjing-anjing liar boleh dilaksanakan.

Susulan pasukan operasi gagal melaksanakan tugas penangkapan, berlaku pergelutan di antara pasukan dengan lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia terkena batang rod menangkap anjing.

Menurut Fakhrudin, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI