fbpx

Kecoh buaya di atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melihat seekor buaya di atas jalan raya di hadapan kedai Joystar Garden, Sungai Merah, Sibu pada pagi tadi.

SIBU –  Suasana di hadapan kedai Joystar Garden, Sungai Merah di sini kecoh dengan kehadiran seekor buaya di atas jalan raya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehadiran reptilia itu kira-kira pukul 11.56 pagi tadi dan segera mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi itu.

“Sampai di lokasi, terdapat seekor buaya dengan anggaran panjang enam kaki di atas jalan raya.

“Pasukan bomba kemudian menangkap buaya tersebut menggunakan kanvas dan tali,” katanya dalam dstu kenyataan hari ini.

Katanya setelah buaya itu berjaya ditangkap dan diikat, ia kemudian dibawa balik ke balai untuk diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI