fbpx

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN tiga buah kenderaan yang mengorbankan seorang penumpang kereta Toyota Avanza di Jalan Bikam menghala ke Sungkai dekat Bidor hari ini.

TAPAH – Seorang wanita maut manakala tujuh yang lain cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam menghala ke Sungkai di sini hari ini.

Nahas tersebut mengorbankan mangsa berusia 42 tahun yang cedera parah akibat tersepit di bahagian penumpang kereta jenis Toyota Avanza.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Amirul Haikal Syafiq Nordin berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 8.56 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Avanza dan Toyota Vellfire serta sebuah kereta Honda Jazz.

“Maklumat awal, terdapat lapan mangsa termasuk dua kanak-kanak terlibat dalam kemalangan itu dengan tujuh daripadanya cedera dan seorang wanita pula maut.

“Tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian ini. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang disertai enam anggota itu tamat pada pukul 10.41 pagi,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI