fbpx

Kerajaan kenal pasti beberapa syarikat monopoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Jualan Rahmah Hari Raya Sabella, di Batu Caves hari ini.

SELAYANG – Kerajaan telah mengenal pasti beberapa syarikat yang didapati terlibat berhubung isu monopoli dalam pelbagai sektor.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang lepas.

Menurut Salahuddin, kerajaan kini bersedia memanggil mana-mana pemain industri atau pihak yang berminat untuk tampil menjadi pembekal.

“Ini kerana polisi kerajaan sekarang, kita buka kepada mereka yang berminat. Melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), kita akan pastikan ia memainkan peranan meneliti perkara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Jualan Rahmah Hari Raya Sabella, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, isu monopoli di bawah KPDN mungkin tiada, namun tetap akan meneliti perkara berkenaan.

“Ini kerana industri berkaitan telur dan ayam ramai pemain (syarikat). Tetapi berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, kita akan melihat sesuatu perniagaan mengungguli dan akan teliti sedalam-dalamnya,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, Anwar menjelaskan kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negaran sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik pada kos yang berpatutan.

Beliau berkata, semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI