fbpx

Comel! Mierul Aiman versi Mail dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO tular Mierul Aiman yang sangat mirip dengan watak kartun Mail dalam animasi Upin & Ipin.

NAMA juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman kembali menjadi bualan ramai apabila videonya membaca niat puasa tular.

Kali ini bukan dipuji hebat berlakon tetapi kerana penampilannya saling tidak tumpah seperti watak animasi Mail iaitu kawan baik Upin dan Ipin.

Mengenakan busana baju Melayu berwarna hijau dan songkok, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut.

“Ini Mail versi dewasa ke? Comel!” komen netizen.

“Suara sama, gaya pun lebih kurang. Akhirnya Mail sudah besar. Terhibur pula baca komen,” kata seorang pengguna TikTok.

Video TikTok yang dimuat naik pelakon drama Projek: High Council itu meraih lebih 900 ribu tontonan dan 150,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI