fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jurunikah itu menanyakan beberapa soalan kepada pasangan pengantin baharu. – TikTok

Jurunikah terkejut, pasangan pengantin baru kenal di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang jurunikah di Indonesia terkejut apabila mengetahui pasangan pengantin yang ingin dinikahkan rupa-rupanya mengenali satu sama lain melalui platform TikTok, lapor portal berita Lambe Turah.

Majlis akad nikah berlangsung di Medan, wilayah Sumatera Selatan, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan jurunikah terbabit bertanya kepada pasangan pengantin tentang bagaimana mereka berkenalan.

Dia terkejut apabila diberitahu bahawa mereka kenal melalui TikTok.

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Media sosial juga tempat mencari jodoh,” kata seorang netizen.

“Sekarang juga saya mahu mencari jodoh di media sosial!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN