fbpx
Sebahagian khemah gerai buah-buahan yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut pada petang ini.

Pekan Jitra dilanda ribut, khemah, gerai diterbangkan angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA – Beberapa lokasi di Pekan Jitra dan kawasan berhampiran dilanda ribut dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi.

Kejadian mengakibatkan sejumlah khemah gerai buah-buahan diterbangkan angin kencang ke jalan raya mengakibatkan laluan terhalang.

Difahamkan, terdapat juga khemah bazar Aidilfitri berhampiran sebuah pasar raya besar terjejas dalam insiden tersebut.

Selain itu, turut berlaku kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi. – KOSMO! ONLINE

POPULAR