fbpx

MotoGP: Pol Espargaro optimis buru mata di Portimao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POL mengakui beberapa siri ujian sebelum ini membolehkannya semakin serasi bersama jentera KTM RC16. – AFP

PORTIMAO – Pelumba utama pasukan GasGas Tech 3, Pol Espargaro mengakui semakin merasai debaran menjelang aksi pembukaan MotoGP pada Grand Prix (GP) Portugal minggu ini dengan memburu kedudukan terbaik, sekali gus mengutip mata berharga.

Sebagai rekod, Espargaro bakal membuat kemunculan debut kompetitif pertama bersama pasukan GasGas Tech 3 selepas berhijrah daripada Repsol Honda penghujung musim lepas di Litar Antarabangsa Portimao nanti.

Pelumba berusia 32 tahun itu optimis pasukan GasGas Tech 3 yang menggunakan jentera KTM RC16 mempunyai potensi besar untuk bersaing sengit dengan pesaing menjelang aksi perlumbaan pembuka tirai, Ahad ini.

“Akhirnya penantian untuk mengharungi perlumbaan pembukaan menghampiri penghujung apabila GP Portugal akan bermula secara rasmi pada Jumaat ini. Pada perlumbaan sebenar nanti, kita akan mengharungi 21 pusingan yang saya jangka cukup sengit.

“Secara peribadi, saya sema­kin serasi dengan jentera RC16 selepas beberapa siri ujian pramusim di Litar Sepang dan Litar Portimao baru-baru ini nampak positif. Saya harap dapat me­nyumbang mata penting buat pasukan,” katanya.

Sementara itu, rakan segandingan Espargaro, Augusto Fernandez turut gementar mengharungi perlumbaan MotoGP pertama dalam kariernya selepas dinaikkan pangkat daripada pentas divisyen kedua, Moto2 musim lepas.

“Saya tidak sabar untuk membuat kemunculan debut dalam arena MotoGP yang saya pasti cukup sukar memandangkan perlu bersaing dengan pelumba lebih berpengalaman nanti,” kata pelumba berusia 25 tahun itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI