fbpx

Rambut Afro unik tidak pernah digunting 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mempunyai rambut unik kerana dia tidak pernah mengguntingnya selama empat tahun di Jogjakarta. - Foto TikTok/@plecitklaten13

JOGJAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan seorang lelaki berambut unik di Jogjakarta kerana dia tidak pernah mengguntingnya selama empat tahun, lapor laman berita AyoJakarta semalam.

Video itu menunjukkan lelaki berkenaan memasuki sebuah bilik dengan aksinya yang mempunyai rambut mirip fesyen Afro. Ia disiarkan di akaun TikTok @plecitklaten13 sekali gus mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Antara komen itu adalah ramai pengguna media sosial berasa hairan dengan rambutnya yang sangat lebat dan tidak pernah digunting.

“Rambut antiair,” kata seorang netizen.

Rambut tersebut tampak unik dan berbeza daripada yang lain kerana ia hampir menutupi mata lelaki berkenaan, namun dia kelihatan santai dengan gayanya yang tersendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI