fbpx

Mayat lelaki mereput di tepi Sungai Salak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis meletakkan mayat mangsa ke kenderaan sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

KUCHING – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemuI dalam keadaan sudah mereput di tepi Sungai Salak, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 1.21 tengah hari semalam.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mendapati mayat itu merupakan seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna dan mereput.

“Mangsa disyaki sudah meninggal dunia melebihi 72 jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Justeru, beliau menyeru kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil membantu siasatan.

Pada masa sama, Merbin mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan mayat itu memandangkan kes masih dalam siasatan.

Katanya, buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI