fbpx

Maaf ibu, saya tak boleh ceraikan Puteri Sarah – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL enggan menceraikan Sarah sekalipun ibunya meminta dia berbuat demikian.

PETALING JAYA – “Kemungkinan ibu mahu saya menceraikan isteri saya sekarang, tetapi saya tidak boleh berbuat begitu.”

Demikian kenyataan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang menegaskan kepada ibunya bahawa dia tidak dapat menceraikan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Menurut pengarah dan penerbit itu, dia berasa sedih dengan apa yang berlaku namun tidak berkecil hati dengan tindakan ibunya yang menyebelahi isteri pertamanya.

Meskipun perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar tidak direstui oleh ibunya, Syamsul menganggap perkara tersebut sebagai ujian dalam hidupnya dan memohon maaf kepada ibunya, Datin Fatimah Ismail.

“Sebagai anak saya sedih tetapi tidak sakit hati dengan ibu saya. Walaubagaimanapun dia tetap ibu saya dan mungkin ini ujian bagi saya.

“Saya minta maaf kepada ibu. Saya tiada pilihan. Insya-Allah masa akan menentukan,” katanya pada sidang media khas, siang tadi.

Tambah pemilik nama lengkap Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu, jika Islam menetapkan syarat berkahwin adalah memberitahu kepada ibunya, maka dia akan berbuat demikian.

Namun, dia lebih memikirkan soal dirinya dan Tuhan menyebabkan dia bertindak berkahwin dengan Ira Kazar pada Januari lalu.

“Sekiranya agama kata meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib berkahwin, ya saya akan berbuat begitu.

“Namun, saya memikirkan antara saya dan Tuhan. Apa yang patut saya buat,” jelasnya.

Semalam, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memfailkan nusyuz kepada Puteri Sarah.

Kemudian pagi tadi, Puteri Sarah pula tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memfailkan hadanah dan tidak memperincikan maklumat lebih lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI