fbpx

Euro 2024: Portugal perlukan kekuatan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kanan) menyertai sesi latihan bersama skuad Portugal bagi menghadapi saingan kelayakan Euro 2024 Liechtenstein dan Luxembourg. – AFP

LISBON – Ketua Jurulatih Portugal, Roberto Martinez yakin keputusannya adalah tepat menyenaraikan penyerang veteran, Cristiano Ronaldo untuk dua aksi kelayakan Euro 2024 bulan ini.

Walaupun sudah berusia 38 tahun, tetapi Martinez merasakan kehadiran bintang Al Nassr itu amat penting dalam bilik persalinan A Selecao menentang Liechtenstein dan Luxembourg.

“Ronaldo adalah seorang pemain yang komited dan penuh dengan pengalaman. Saya tidak melihat kepada faktor umur seseorang kerana saya merasakan dia watak penting pasukan ini,” kata Martinez.

Kehadiran Ronaldo disambut baik oleh rakan sepasukannya walaupun sebelum ini timbul konflik dalaman pasukan ketika kempen Piala Dunia Qatar 2022 yang menyaksikan Portugal ter­singkir di peringkat suku akhir.

Bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu dikatakan mahu bersara daripada pentas antarabangsa selepas Portugal tewas 0-1 kepada Maghribi dalam kempen tersebut.

Bagaimanapun, masih tiada kepastian sama ada Ronaldo akan diturunkan dalam kese­belasan utama ataupun sekadar memanaskan bangku simpanan menentang Liechtenstein dan Luxembourg pada 24 serta 27 Mac ini.

Sementara itu, bek tengah berusia 40 tahun dari Porto, Pepe terpaksa diketepikan untuk dua aksi tersebut selepas mengalami kecederaan kaki.

Martinez menjelaskan, beliau tidak bimbang dengan situasi itu kerana ia memberi peluang kepadanya untuk menguji beberapa muka baharu seperti Goncalo Inacio, Nuno Mendes, Diogo Leite dan Antonio Silva. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI