fbpx

Dewan Rakyat: Ekonomi negara tahun ini diyakini kekal kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan keadaan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan tahun ini diyakini kekal kukuh dan stabil meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuklah ketidakstabilan ekonomi global.

Beliau berkata, ia berikutan data yang ditunjukkan bahawa semua sektor ekonomi negara telah pulih kecuali pertanian.

“Berdasarkan unjuran dan data prestasi ekonomi (Malaysia) sekarang, kita insya-Allah tidak akan menjadi lebih teruk daripada zaman Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjadi Perdana Menteri.

“Jadi, kalau Pagoh kata mengatakan bahawa kedaaan pada tahun ini akan menjadi lebih teruk daripada sebelum ini, data-data ekonomi yang ada itu tidak menyokong apa yang disebut Pagoh,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN – Pagoh) yang memintanya menyatakan langkah lain diambil kerajaan untuk pemulihan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PMKS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI