fbpx

Tekanan hidup punca wanita cuba terjun Sungai Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap ayar video memaparkan seorang wanita memegang pisau dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Batu Pahat, malam Jumaat lalu.

BATU PAHAT – Seorang wanita yang bertindak cuba membunuh diri dengan cara terjun ke dalam Sungai Batu Pahat di sini pada malam Jumaat lalu kini ditahan diwad bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, wanita berusia 37 tahun itu dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Menurutnya, wanita itu bertindak demikian disyaki mengalami tekanan hidup kerana faktor masalah peribadi.

“Pada pukul 9 malam, polis terima panggilan daripada orang awam berhubung seorang wanita cuba membunuh diri dengan cara terjun ke dalam Sungai Batu Pahat.

“Hasil siasatan mendapati seorang wanita tempatan berusia 37 tahun telah berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, pihaknya kini telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai satu tahun ataupun denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita dipercayai bersama dua orang anaknya dikatakan cuba terjun dari Jambatan Peserai, Batu Pahat.

Menerusi video berdurasi 19 itu dapat dilihat wanita tersebut turut memegang senjata tajam dan tidak membenarkan orang awam mendekati mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI