fbpx

Kabinet setuju guna sebahagian RM150 juta beli jambatan bailey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) membuang undi di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

BAGAN DATUK – Kabinet memutuskan agar sebahagian peruntukan RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) digunakan untuk membeli jambatan bailey untuk kegunaan di kawasan terjejas banjr di Johor.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara kawasan yang memerlukan penggunaan jambatan bailey bagi menghubungkan jalan yang terputus termasuklah di Sekijang.

“Ahli Parlimen beritahu saya tentang keperluan jambatan bailey.

“Jawatankuasa peringkat daerah sedang mengkoordinasi agar jalan yang putus dapat dipasang jambatan bailey sebelum pembaikan dan naik taraf jalan dapat dilakukan di kawasan terlibat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini.

Kira-kira 15 buah sekolah yang masih terjejas banjir dan pihak kerajaan menerusi Nadma, Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Kebajikan Masyarakat mengkoordinasi usaha pascabanjir dengan pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan daerah serta sekolah terlibat.

Menurut beliau, kerja-kerja pembersihan pascabanjir akan dilaksanakan sebaik banjir surut sepenuhnya bagi memastikan semua pelajar dapat meneruskan sesi persekolahan masing-masing.

Justeru, beliau berharap agar ibu bapa yang mana anak masing-masing bersekolah agar bersabar jika masih belum dapat dibuka untuk sesi persekolahan.

“Insya-Allah gelombang keenam sekarang ini yang mana banjir termenung berlaku di lima daerah di Johor akan surut kerana luruhan hujan tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Menurut beliau, pam-pam tambahan bagi mengepam keluar air di kawasan rendah ke saliran lebih besar juga dilakukan bagi mengatasi banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI