fbpx

4 selebriti kelahiran Malaysia harum di mata dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN Michelle di puncak Hollywood, kita juga ada Yuna, Henry Golding dan Ronnie Chen yang sedang beradu nasib di mata dunia.

KEJAYAAN aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia.
Yeoh, 61, mengharumkan nama negara dengan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia dan orang Asia pertama yang memperoleh pencapaian tertinggi dalam bidang lakonan menerusi filem Everything Everywhere All at Once.

JAUH di mata tidak di hati, Michelle tetap menyebut nama Malaysia sewaktu mendedikasikan ucapan kemenangannya baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas ratu cantik, Miss Malaysia memulakan kerjaya di Hong Kong sekitar tahun 1990 sebelum melangkah Hollywood.

Sepanjang tiga dekad, Yeoh membintangi beberapa filem ‘blockbuster’ antaranya Bond Tomorrow Never Dies (1997), Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan The Crazy Rich Asians (2018).

Selain Yeoh, beberapa insan seni kelahiran Malaysia juga mengorak langkah mencipta nama di peringkat antarabangsa.

 

 

Ronny Chieng

PELAWAK, pelakon dan bekas penyampai radio tanah air, Ronny Chieng kini mencipta nama di peringkat antarabangsa sebagai pelakon dan pelawak disegani. Anak kelahiran Johor Bahru itu mendapat pendidikan di Singapura dan melanjutkan pengajian di Universiti Melbourne, Australia.

Ronny memulakan kerjaya awal sebagai pelawak dan mengadakan siri jelajah komedi di Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, India, Kanada, London dan Malaysia.

Beliau kemudian berpindah ke New York dan memulakan kerjaya sebagai wartawan untuk rancangan The Daily Show With Trevor Noah. Ronny muncul dengan sebuah program Netflix berjudul Asian Comedian Destroys America. Namanya semakin dikenali selepas membintangi filem popular The Crazy Rich Asians.

Yuna

PENYANYI dan komposer Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna berasal dari Alor Setar, Kedah juga mencipta nama di Amerika Syarikat (AS).

Yuna memulakan kerjaya seni seawal usia 14 tahun dengan memuat naik lagu-lagu ciptaannya menerusi MySpace. Pada 2008, Yuna mengeluarkan EP sendiri berjudul Deeper Conversation dan menjadi hit besar-besaran di Malaysia.

Dia kemudiannya mencapai kejayaan komersial menerusi lagu Dan Sebenarnya yang mengangkat namanya di industri muzik Malaysia. Pada 2011, Yuna menyertai label Fader Label yang berpengkalan di AS dan melancarkan album pertama berjudul Decorate.

Henry Golding

HENRY Ewan Golding atau lebih dikenali sebagai Henry Golding mendapat perhatian ramai apabila melakonkan
watak sebagai pewaris yang menawan dan kaya dalam  lem The Crazy Rich Asians. Henry memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai pengacara program

The 8TV Quickie. Sebelum melangkah ke Hollywood, pelakon berkarisma itu muncul dalam filem Pisau Cukur yang membawa watak Iskandar Tan Sri Murad.
Selepas namanya meletup di Hollywood, Henry ditawarkan membintangi beberapa lagi filem blockbuster iaitu Last Christmas, The Gentlemen dan yang terbaharu, Snake Eyes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI