fbpx

Lelaki Myanmar cedera lori rempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan lori yang merempuh sebuah treler di Plaza Tol Sungai Long, Kajang, tengah hari tadi. Foto oleh JBPM

PETALING JAYA – Seorang lelaki terpaksa menahan sakit lebih 20 minit akibat tersepit di bahagian pemandu setelah lori dipandunya melanggar sebuah treler di Plaza Tol Sungai Long, Kajang, tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, setelah menerima panggilan pada pukul 12.12 tengah hari, seramai empat anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di kawasan terbabit, terdapat kemalangan melibatkan dua buah lori iaitu jenis Scania muatan lima tan yang dilanggar dari bahagian belakang oleh sebuah lori jenis Mitsubishi.

“Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, mangsa lelaki berusia 27 tahun warga Myanmar tersepit di bahagian pemandu lori Mitsubishi dan dikeluarkan oleh pihak Bomba dalam masa 20 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak pasukan perubatan untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI