PUSAT scammer di bandar Shwe Kokko, Myanmar selepas digempur pihak berkuasa pada Februari tahun lalu. – AFP

Daripada 20, mungkin 8 saja jadi mangsa – Duta Anti Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tanggapan bahawa semua rakyat Malaysia yang bekerja di pusat-pusat scam di luar negara adalah mangsa pemerdagangan manusia tidak semestinya tepat apabila majoriti daripada mereka sebenarnya mengetahui pekerjaan yang bakal dilakukan sebelum berangkat ke negara terbabit.

Duta Anti Scam, Rahmat Fitri Abdullah berkata, berdasarkan maklumat dan pengalaman mengendalikan pelbagai kes berkaitan scammer di luar negara, hanya sebahagian kecil sahaja yang benar-benar menjadi mangsa penipuan pekerjaan.

Menurut beliau, kelompok yang lebih besar terdiri daripada in­dividu yang sedar pekerjaan ter­sebut tidak sah atau meragukan, namun tetap memilih untuk pergi kerana tertarik dengan tawaran pendapatan lumayan.

“Kalau kita lihat secara keseluruhan, ramai memang tahu kerja tersebut kerja yang tidak betul. Yang benar-benar tidak tahu itu ada, tetapi jumlahnya kecil dan perlu dibantu.

“Tetapi, kita juga tidak boleh menutup mata terhadap kumpulan yang sememangnya tahu apa yang bakal dan sedang mereka lakukan.

“Daripada 20 individu, mungkin lapan sahaja mangsa pemerdagangan kerja ini, selebihnya su­dah tahu dan sedar,” katanya ke­pada Kosmo! baru-baru ini.

Beliau berkata, kebanyakan kes penyelamatan yang men­dapat perhatian umum melibatkan individu yang meminta bantuan selepas berdepan pelbagai te­kanan ketika bekerja di pusat scam.

Jelasnya, situasi itu me­nyebab­kan masyarakat hanya me­lihat kelompok kecil yang men­jadi mangsa, sedangkan masih ramai pekerja lain yang
terus ke­kal beroperasi dalam sindiket berkenaan.

“Selalunya yang kita dengar ialah mereka yang minta diselamatkan atau berjaya melarikan diri. Mereka ini yang tampil berkongsi pengalaman.

“Persoalannya, bagaimana pu­la dengan mereka yang masih be­kerja di sana dan tidak mahu tam­pil bercerita? Itu yang kita tidak tahu,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN