fbpx

Polis rakam keterangan barisan pelakon filem Mentega Terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mentega Terbang - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelakon remaja, Syumaila Salihin memegang watak sebagai Aisyah dalam filem kontroversi Mentega Terbang antara enam orang pelakon serta penerbit yang dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saadudin berkata, pihaknya telah memanggil kesemua individu tersebut pada pukul 1 tengah hari di Bukit Aman.

“Kami telah mengambil rakaman percakapan penerbit dan enam orang pelakon filem tersebut di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, PDRM mengambil keterangan pengarah dan seorang pelakon filem kontroversi Mentega Terbang selepas menerima sebanyak lapan laporan polis serta satu kertas siasatan telah dibuka.

Kes tersebut disiasat oleh USJT, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati kandungan filem Mentega Terbang terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik berkata, Jakim akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Dalam pada itu, organisasi bukan kerajaan (NGO) turut tampil membuat laporan polis terhadap penerbitan filem kontroversi Mentega Terbang kerana didakwa mengandungi adegan yang mengganggu akidah umat Islam di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI