fbpx

Berbaik dengan madu, suami kena main peranan – Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMESRAAN Adira bersama madunya, Datin Red baru-baru ini tular dalam media sosial.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Adira Suhaimi mengakui sikap tolak ansur dan saling menghormati penting dalam menjaga hubungan baik dengan madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.

Selain itu, kata Adira, 31, suami juga memainkan peranan penting dalam memastikan dua rumah tangga yang dibina berada dalam keadaan baik dan berlaku adil.

“Hubungan kami pun ada turun naik tapi kini sudah lapan tahun dan faktor umur masing-masing membuatkan kami matang.

“Pada saya kena ada tolak ansur dan saling menghormati, itu je paling penting. Dalam hubungan itu bukan seorang sahaja yang kena mengalah tapi dua-dua kena mengalah. Suami yang kena mainkan peranan untuk isteri-isteri berbaik.

“Makin tua hidup nak tenang-tenang, kalau boleh nak fokus besarkan anak-anak saja, ujarnya usai majlis pertunjukan fesyen Ariani Layar Lara 2023, di Kuala Lumpur Convention Centre, semalam.

Sebelum ini, video Adira berpimpin tangan dengan madunya menarik perhatian ramai, rata-rata netizen memuji hubungan baik itu dan mendoakan kebahagiaan tersebut kekal hingga ke syurga.

Dalam pada itu, Adira juga mendoakan mana-mana wanita yang berada di kedudukan yang sama seperti dirinya agar dipermudahkan urusan.

“Saya doakan semua urusan rumah tangga yang mengalami masalah dipermudahkan. Lain orang lain dugaannya. Alhamdulillah saya punya bahagian dah berlalu,” ujarnya.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red atau Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayoub yang kini berusia enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI