fbpx

Pendapatan Petronas RM375 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Petronas merekodkan pendapatan seba­nyak RM375.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding RM248 bilion tahun sebelumnya, disebabkan kesan harga yang lebih baik bagi produk utama, seiring dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Untung selepas cukai (PAT) meningkat kepada RM101.6 bi­lion daripada RM50.9 bilion, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) adalah pada RM170.7 bilion daripada RM100.4 bilion pada tahun 2021.

Jumlah aset pula diperkukuh­kan kepada RM710.6 bilion dan ekuiti pemegang saham me­ningkat kepada RM401.6 bilion setakat 31 Disember 2022, terutamanya disebabkan oleh keuntungan lebih tinggi yang direkodkan pada tahun berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, tahun 2022 memboleh­kan pihaknya memanfaatkan lonjakan minyak dan gas, meskipun ia turut memberikan isyarat ketidaktentuan terhadap permintaan-bekalan yang didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran serta peralihan tenaga yang dipercepatkan.

“Walaupun kami maju dengan kedudukan yang lebih kukuh, Petronas akan terus memantapkan rantaian nilai bersepadu kami dengan tumpuan yang lebih memfokuskan kepada kecemerlangan komersial dan operasi.

“Kumpulan akan memberi tumpuan kepada penyampaian strategi pertumbuhan serta aspirasi Pelepasan Sifar Karbon Bersih menjelang tahun 2050 secara berdisplin, termasuklah pengurusan komitmen kewangan dan obligasi hutang secara berhemat.

“Petronas tidak mempunyai pilihan selain untuk mengukuhkan masa depan Kumpulan bagi mengekalkan keupayaan kami dalam menyampaikan nilai jangka panjang yang mampan sebagai Syarikat Minyak Nasional dan pemain tenaga global,” katanya dalam satu kenyataan di sini ­semalam.

Berhubung tinjauan tahun ini, Petronas berkata, industri minyak dan gas berpotensi me­nyaksikan penyederhanaan harga pada 2023 berikutan jangkaan kelembapan ekonomi, meskipun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan.

“Dalam persekitaran ini, Petronas akan terus memacu kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya sambil memenuhi sasaran pertumbuhan dan kemampanannya,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI