fbpx
KEADAAN lokasi kejadian berkenaan yang berlaku di tapak pembinaan NCH, Kampung Dato' Kuala Lawas, Sarawak hari ini. Foto IHSAN BOMBA

[VIDEO] Gerudi jalan, terkejut keluar gas bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengeluaran gas dari bawah tanah dikesan berlaku di tapak pembinaan projek Lebuh Raya Persisir Utara (NCH), di Kampung Dato’ Kuala Lawas, Sarawak, tengah hari tadi.

Laporan telah dibuat oleh orang awam di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas pada pukul 12.33 tengah hari selepas menyedari kejadian tersebut dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi, Clarence D Primus Tiandun berkata, kejadian itu berlaku selepas pihak kontraktor melakukan kerja-kerja menggerudi di tapak berkenaan dengan anggaran kedalaman 45 meter.

“Sepasukan anggota bomba bersama pegawai Pusat Kawalan Operasi (PKO) Lawas segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan penilaian situasi

“Setakat pukul 1.25 tengah hari tadi, permukaan yang dilaporkan mengeluarkan gas masih aktif dan PKO bertindak memasang sawar-sawar 30 meter dari lokasi tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu beliau berkata, pihak kontraktor juga dinasihatkan menghentikan kerja-kerja penggerudian di lokasi.

Operasi pemantauan itu melibatkan 10 anggota BBP Lawas dan beberapa jentera BBP Lawas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN