fbpx

Pas, Bersatu tanding 15 kerusi majoriti Melayu di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fauzi (duduk, dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Markas Pas Pongsu Seribu malam tadi. Gambar oleh ISWAN SHAFIQ ISA/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang kini telah mencapai kata sepakat untuk bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang majoritinya pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusof berkata, pada masa sama, perbincangan masih dibuat bersama sebuah lagi parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Gerakan untuk kerusi campuran atau strategik di negeri ini.

Menurutnya, selain Gerakan, Pas juga memiliki wakil daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang terdiri daripada calon bukan Melayu.

“Jadi, kami akan bincang mana yang sesuai untuk 25 lagi baki kerusi DUN yang akan kita tandingi di Pulau Pinang. Tang (di) mana kita nak letak DHPP, begitu juga Gerakan. Bersatu juga tentu ada cadangan (untuk letakkan calon).

“Dalam hal ini, banyak perkara yang sudah (kita) bincang. Ada panduan untuk capai titik pertemuan antara tiga-tiga parti ini (Pas, Bersatu dan Gerakan),” katanya kepada pemberita sempena program Gelombang Hijau Pulau Pinang di Markas Pas Pongsu Seribu di sini, malam tadi.

Jelas beliau, ketika ini juga, kepimpinan PN di peringkat negeri khususnya telah mengenal pasti dan sedang mengatur langkah strategik untuk menguasai DUN yang menjadi sasaran dalam perbincangan itu.

“Ada penyandang (untuk kerusi DUN). Itu perkara yang sudah diketahui. Ada juga perkara berkaitan strategik dan kewibawaan.

“Kita bincang daripada pelbagai sudut (calon yang akan bertanding pada PRN). Penyandang mungkin kekal kalau tak ada apa,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI