fbpx

Penganggur maut, motosikal dirempuh kereta dari arah belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 56, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Telekong, Kuala Krai malam tadi. -Foto IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Seorang penganggur maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 56, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Telekong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Wan Ibrahim Wan Jaafar, 50, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini kira-kira lima jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata, pihaknya menerima maklumat daripada waris berhubung kematian mangsa kira-kira pukul 3.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Kota Bharu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai merempuh belakang motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang Wan Ibrahim.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera pada bahagian kepala sebelum dihantar ke HSIP untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Suzaimi, Wan Ibrahim bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan HSIP di sini kira-kira pukul 3.30 pagi.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, nahas berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang tidak menjaga jarak sehingga merempuh motosikal mangsa.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI