fbpx

Vida bingung, tak tahu-menahu tuntutan RM59 juta bisnes kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA bingun bagaimana namanya boleh dikaitkan dengan pelaburan yang tidak pernah dilakukan selama ini.

PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bingung dan enggan memberi komen lanjut berhubung isu tuntutan sebanyak RM59 juta oleh sekumpulan pelabur perniagaan mata wang kripto.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, 51, bertegas tidak tahu-menahu dan terkejur dengan perkara tersebut.

Pelantu lagu I Am Me itu bagaimanapun memaklumkan, dia menyerahkan sepenuhnya kepada peguamnya untuk tindakan susulan.

“Saya sendiri tidak tahu secara terperinci apa tuntutan mereka. Malah, saya baru sahaja tahu hal ini selepas dimaklumkan beberapa pihak.

“Lebih baik berurusan dengan peguam saya. Biarlah pihak peguam akan menjawab.

“Saya tidak boleh komen lanjut sebab perkara ini melibatkan undang-undang. Biarlah saya bincang dengan peguam dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu Cik B berjudul Doakan di ibu negara sebentar tadi, Vida berasakan tuntutan yang dilakukan itu adalah disengajakan demi menjatuhkan maruah dan perniagaannya.

“Saya dah lama dalam industri perniagaan dan sosial media. Saya tahu memang saya ramai musuh.

“Jadi, tak mustahil ada orang yang cuba nak jatuhkan saya. Mungkin mereka sakit hati atau cemburu.

“Memanglah terkejut dengan berita itu tapi saya tak terkesan pun. Saya masih di sini,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, dia juga terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat sekiranya mereka mahu bersemuka.

“Mereka tidak ada menghubungi saya pun. Boleh sahaja cari saya dalam media sosial. Saya pun sentiasa ada dalam negara,,” tegasnya.

Pagi tadi, satu sidang media diadakan menuntut Vida untuk membayar wang pelaburan kepada 41 individu yang pernah membuat pelaburan dalam menerusi perniagaannya, Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy).

Mereka membuat tuntutan tersebut selepas mendakwa wang pelaburan serta keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan kepada mereka sejak 2018.

Peguam yang mewakili kesemua plaintif iaitu Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada Vida selaku defendan pertama pada 15 Disember 2022 di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI