fbpx

‘Tak ralat pilih Halaman Asmara, Althea tebus kekurangan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Langkah terhenti awal penyanyi Nana Mahazan menerima penyingkiran bersama anaknya, Althea pada konsert minggu ketiga Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) semalam dengan berlapang dada.

Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Mahazan, 43, dia menolak penyingkiran Althea adalah berpunca daripada lagu Halaman Cinta yang juga pernah dinyanyikannya ketika menyertai Akademi Fantasia (AF) musim pertama dahulu.

“Alhamdulillah, saya tidak ralat pun dengan penyingkiran ini tetapi hakikatnya paling sedih adalah Althea sebab dia sudah berikan yang terbaik sepanjang tiga minggu bertanding.

“Saya rasa, ini mungkin bukan platform atau ruang yang orang boleb menerima kelainan dia cuba bawa namun saya tetap bangga dengan dia walaupun sudah tersingkir. Sayang juga sebab banyak lagi benda Althea nak tunjukkan kepada semua.

“Dia remaja yang penuh dengan keyakinan dan persiapan untuk persembahan minggu ini sangat bagus, persembahan pun saya rasa lebih baik namun adat pertandingan memang begini, ada kalah dan menang. Jadi, kita terimalah,” katanya kepada Kosmo! Online selepas konsert TTMM2 minggu ketiga di sini, semalam.

Katanya, dia berbangga melihat usaha Althea menyahut cabaran mendendangkan lagu Halaman Cinta meski sedar mempunyai tahap kesukaran yang tinggi.

“Sebenarnya dia sudah menebus apa yang saya tidak dapat lakukan ketika nyanyikan lagu tersebut di AF dulu bahkan jauh lebih baik.

“Orang lain tengok mungkin okey tetapi tidak bagi barisan juri. Mereka mungkin rasa ada kekurangan dalam persembahan dia..

“Saya juga tidak rasa menyesal atau ralat dengan pemilihan Halaman Cinta sebab memang mengikut tema yang ditetapkan iaitu lagu kenangan pengurus.

“Sebab lagu ini memang membawa kenangan dan impak besar kepada saya,” jelasnya.

Sementara itu, Althea, 16, mengakui berasa sedih dan tidak menyangka menjadi peserta pertama yang tersingkir.

“Lepas tersingkir ini, saya rasa lebih kepada tidak mahu pergi ke sekolah sebab sekarang ini memang sangat penat.

“Namun, rasa sedih dan kecewa sebab terlalu awal tersingkir dari TTMM2 sebab ingatkan akan tersingkir pada minggu keempat, harap ini bukan pentas besar terakhir saya,” katanya lagi dalam nada sebak.

Dalam pada itu, selain persembagan, dia akan merindui rakan seperjuangan lain.

“Saya sayang dan akan rindu nak berborak dengan kawan-kawan dalam TTMM2.

“Antara peserta paling saya akan rindu adalah Fariedz dan Cik B, mereka adalah kawan yang sangat baik,” katanya yang mempunyai bakat menjahit.

Semalam, Althea dan Nana diumumkan sebagai peserta pertama yang meninggalkan pentas TTMM2 selepas meraih markah terendah daripada barisan juri isitu sebanyak 58.67 peratus pada konsert minggu ketiga TTMM2.

Sementara, Viviana dan pengurusnya yang juga penyanyi, Ani Mayuni pula berjaya kekal dikedudukan pertama dengan kutipan markah 84.33 peratus.

Minggu depan, seramai sembilan lagi peserta akan meneruskan perjuangan iaitu Adira bersama anak perempuannya Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Datuk Seri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Pak Azad & Amarra serta Safura & Kim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN