fbpx

Pelakon tumbuk isteri dituduh Isnin hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pelakon lelaki yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh akan dituduh di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Isnin hadapan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah lengkap dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Selasa lalu.

“Polis telah menerima maklum balas dan arahan TPR untuk menuduh lelaki terbabit di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin (13 Mac),” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pelakon lelaki yang didakwa menumbuk isterinya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata ditahan pihak polis, 4 Mac lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 29 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI