fbpx

Pelajar tingkatan empat maut, motosikal rempuh lembu lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas merempuh seekor lembu di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 malam itu, mangsa, Mohamad Adam Haikal Mohamad Asri, 16, mengalami kecederaan parah pada kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3 di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di sini menunggang motosikal jenis Yamaha Y15Z dari arah Felda Chiku 3 menuju ke Felda Chiku 2.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebelum melanggar seekor lembu yang tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri jalan.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala. Mangsa kemudian dibantu oleh orang awam ke Klinik Kesihatan Chiku 3, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.55 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian turut mendapati, lembu turut cedera akibat dirempuh motosikal mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI