fbpx

Pocong asyik lihat dua wanita main lato-lato

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar TikTok menunjukkan satu lembaga putih (dalam bulatan) dipercayai pocong sedang memerhatikan dua wanita sedang bermain latu-lato pada waktu malam baru-baru ini. - Dream.Co.ID

JAKARTA – Satu rakaman video tular dalam aplikasi TikTok menunjukkan lembaga seperti pocong melihat dua wanita asyik bermain lato-lato pada waktu malam, lapor portal berita Dream kelmarin.

Dalam kejadian itu, seorang wanita  memakai tudung berwana merah jambu dilihat sedang belajar bermain lato-lato, manakala seorang lagi perempuan asyik bermain permainan tersebut.

Pada malam yang gelap gelita baru-baru ini, pocong tersebut berada berhampiran sebatang pokok di belakang kedua-dua wanita berkenaan tetapi mereka tidak menyedari akan kehadirannya.

Kedua-dua wanita itu ketawa sambil bermain lato-lato,  manakala si pocong asyik memerhatikan gelagat mereka.

Video pocong itu menjadi tular sehingga menarik perhatian seorang pesohor  YouTube, Ryan Kamisa.

“Betul, itu ada sosok pocong di belakang,” tulis Ryan dalam saluran YouTube Misteri Tapal Batas dan memberitahu bahawa makhluk halus mungkin tertarik dengan lato-lato kerana ia mengeluarkan bunyi nyaring ketika dimainkan.

Ryan mengingatkan masyarakat untuk tidak bermain lato-lato pada waktu malam kerana bunyi permainan itu dipercayai menarik kehadiran makhluk halus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI