fbpx

Kedudukan strategik Hospital Cyberjaya sebagai ‘primary responding hospital’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin tiga, kanan) bersama Permaisuri Norashikin (dua kanan) berkenan melawat bilik farmasi selepas merasmikan Hospital Cyberjaya, hari ini.

CYBERJAYA- Kedudukan strategik Hospital Cyberjaya dilihat berpotensi sebagai ‘primary responding hospital’ bagi sebarang bencana di pintu masuk negara seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1) dan KLIA Terminal 2.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pada masa sama, arena Litar Antarabangsa Sepang dan Silicon Valley Cyberjaya di Sepang juga berupaya memanfaatkan perkhidmatan kesihatan di hospital itu.

“Sejajar dengan usaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan negara, pembinaan Hospital Cyberjaya ini bertujuan untuk mengurangkan Bed Occupancy Rate (BOR) hospital-hospital di Lembah Klang yang tinggi.

“Pada masa ini, kadar penggunaan katil di hospital-hospital awam di Sepang dan Hulu Langat terutama Hospital Kajang adalah melebihi 90 peratus sementara BOR melebihi 80 peratus bagi Hospital Serdang dan Hospital Ampang,” katanya.

Teks ucapan Zaliha dibacakan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni pada Majlis Perasmian Hospital Cyberjaya, hari ini. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut beliau, terdapat isu prosedur pembedahan yang tertunggak yang mana 85.1 peratus daripadanya di Lembah Klang bertumpu di hospital awam sekitar Cyberjaya.

“Sehubungan itu, pelaksanaan hospital kluster antara Hospital Cyberjaya dan Hospital Selangor Selatan (Kajang, Serdang dan Ampang) dapat memperkukuhkan perkongsian sumber serta perkhidmatan kepakaran untuk jangka masa panjang.

“Menerusi pembinaan Hospital Cyberjaya dan kerjasama fasiliti kesihatan lain, pelbagai program dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh seperti perluasan aktiviti saringan kesihatan selain pelaksanaan program imunisasi buat wanita dan kanak-kanak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI