fbpx

Pengurus GiatMara ditahan disyaki salah guna kuasa pemberian kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengurus Pusat GiatMara ditahan reman bagi membantu siasatan oleh SPRM di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus sebuah Pusat GiatMara Daerah di negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak kerja pada 2021 dan 2022.

Suspek yang berumur 39 tahun ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuantan semalam.

Suspek yang merupakan pengurus pusat GiatMara dikatakan menyalahgunakan jawatannya dengan mencadangkan syarikat milik adik-beradik isterinya untuk menjalankan kerja–kerja baik pulih dan bina baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) negeri Pahanng.

Difahamkan nilai keseluruhan bagi kerja–kerja dalam projek di bawah Kementerian Pembangunanan Luar Bandar itu adalah RM38,521.40.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI