fbpx

Dewan Rakyat : Akta baharu bakal digubal kurangkan bilangan penagih di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN/AFP

KUALA LUMPUR – Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) sedang dalam pembikinan dan bakal digubal bagi mengurangkan bilangan penagih di penjara dengan menempatkan mereka di institusi atau rawatan pemulihan komuniti.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini negara berdepan dengan kesesakan pesalah reman dan sabitan di 39 penjara membabitkan 74,459 pesalah sedangkan kapasiti asal penjara sekitar 65,000 orang.

Jelas beliau, melalui akta itu, mana-mana penagih yang didapati bersalah mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dabah Berbahaya 1956 dan perlu melalui hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak kurang dua tahun, hanya perlu mendapatkan rawatan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau rawatan pemulihan komuniti.

“Akta tersebut sekarang dalam pembikinan, kita jangka tahun ini boleh dibentangkan di Parlimen, apabila akta baharu ini digubal dan diluluskan, kes membabitkan penemuan dadah dalam badan akan terus disalurkan kepada program rawatan di bawah AADK atau rawatan pemulihan dalam komuniti.

“Saya fikir ini akan memberi kesan signifikan dalam mengurangkan kesesakan dalam penjara,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Wong Chen (PH-Subang) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan komitmen kementerian untuk menyahjenayahkan kesalahan dadah kecil dalam usaha mengurangkan populasi tahanan penjara di Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI